Selamat Tinggal Mriya! Kapal Terbang Terbesar Dunia Musnah Diserang Rusia!

12,458

Kapal terbang terbesar dunia, Antonov AN-225 tamatkan perkhidmatannya pada hari ini selepas musnah akibat serangan Rusia terhadap Ukraine.

Difahamkan kedudukan kapal terbang yang dinamakan sebagai “Mriya” berada di lapangan terbang berdekatan Kyiv ketika diserang oleh penceroboh Rusia.

Berita mendukacitakan ini dikhabarkan sendiri oleh Menteri Luar Negeri Ukraine, Dmytro Kuleba melalui ciapan di laman Twitter:

Pun begitu syarikat pengeluar kapal terbang, Antonov Company tidak dapat memperincikan lagi keadaan teknikal Mriya kerana masih belum disiasat oleh pakar.

Tetapi jika dilihat pada gambar satelit, kemusnahan hangar yang menempatkan Mriya agak teruk. Turut kedengaran beberapa tembakan dan letupan sekitarnya.

Pada masa yang sama, syarikat pertahanan yang menyelia Antonov mendakwa Rusia perlu ganti rugi untuk pembinaan semula Mriya dan kosnya menelan sehingga lebih $3 bilion untuk tempoh masa lebih 5 tahun!

Sebagai rekod, Antonov AN-225 merupakan kapal terbang terberat yang telah berkhidmat lebih 30 tahun sejak daripada pemerintahan Kesatuan Soviet.

Kapal terbang ini menawarkan jasa yang tidak terhingga – adakalanya digunakan untuk bantuan pengangkutan udara semasa krisis di negara lain.

Selepas gempa bumi di Haiti pada 2010, ia digunakan untuk menghantar bekalan bantuan ke Republik Dominic. Malah, ketika awal pandemik COVID-19, ia telah membantu dalam pengalihan bekalan perubahan ke negara terjejas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat