Selamatkan Diri Semua! Data Inflasi AS Datang Goncang Pasaran

1,374

Setelah mengalami volatiliti harga yang tinggi pada awal minggu, suasana pasaran dilihat lebih tenang pada hari Selasa.

Pelabur kini lebih berwaspada menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada sesi New York akan datang.

Ketika sesi pasaran Eropah, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding mata wang utama diniagakan sedikit berubah pada 103.90.

Indeks harga pengguna (CPI) AS dijangka akan meningkat 6% tahun ke tahun pada bulan Februari, turun daripada bacaan Januari pada 6.4%.

Sekiranya angka yang diterbitkan menunjukkan inflasi kekal kukuh dan tidak memuaskan, ia berupaya mencetuskan satu lagi volatiliti yang tinggi dalam pasaran malam ini.

Bukan itu sahaja, ia pastinya bakal membuat Federal Reserve (Fed) ‘sakit kepala’ untuk menangani tekanan inflasi dan krisis yang melanda sektor perbankan AS.

Melihat pergerakan mata wang secara meluas, euro susut 0.3% untuk didagangkan pada sekitar harga 1.0700 berbanding greenback.

Penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) mengatakan beliau tidak melihat sebarang kesan daripada kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) ke atas bank Zon Eropah.

Sementara itu, mata wang yen juga merosot 0.8% pada 132.30 berbanding US dolar tetapi masih lagi mempertahankan keuntungan yang dicatatkan sebelum ini.

Dolar Aussie dan New Zealand pula diperdagangkan sedikit berubah di tengah-tengah sentimen pasaran yang semakin mereda.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat