Selepas COVID-19, Yang Kaya Makin Kaya, Yang Miskin Makin Miskin

538

Kemiskinan melampau dijangka meningkat tahun ini buat pertama kalinya dalam tempoh lebih dua dekad sejak 1998.

Menurut Bank Dunia, penularan Covid-19 dijangka mengheret kira-kira 115 juta orang ke dalam kancah kemiskinan melampau.

Tambah Bank Dunia, konflik berterusan dan perubahan iklim dunia selain pandemik Covid-19 telah memperlahankan usaha mengurangkan kemiskinan.

Ujar pertubuhan itu lagi, angka penduduk dunia yang berdepan kemiskinan berkemungkinan bertambah kepada 150 juta pada tahun hadapan.

Kemiskinan melampau didefinisikan sebagai hidup dengan pendapatan kurang AS$1.90 sehari.

Sebelum pandemik melanda, kadar kemiskinan melampau dijangka menurun kepada 7.9% pada tahun ini namun berkemungkinan menjejaskan antara 9.1% dan 9.4% daripada populasi dunia tahun ini.

Sejak 2013, Bank Dunia berusaha mencapai sasaran tidak lebih daripada 3% populasi dunia hidup dengan hanya AS$1.90 sehari menjelang 2030. Bagaimanapun usaha itu dilihat sukar.

Jelas Bank Dunia, usaha mengurangkan kadar kemiskinan global telah perlahan walaupun sebelum Covid-19 melanda.

Lain pula ceritanya dengan golongan hartawan apabila mereka mencatatkan pendapatan tertinggi ketika pandemik terutama eksekutif-eksekutif kanan daripada sektor teknologi dan industri.

Golongan terkaya dunia menyaksikan kekayaan mereka meningkat sebanyak 27.5% kepada AS$10.2 trilion daripada April hingga Julai tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat