Selepas Data CPI & GDP Australia Diterbitkan, Apa Kesan Pada AUD/USD?

148

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD dilihat kekal bergerak dalam zon mendatar meniti di atas paras sokongan 0.67000.

Menjadi tumpuan pada sesi Asia pagi ini, terbitan data inflasi serta pertumbuhan ekonomi Australia memberi kesan terhadap pergerakan nilai mata wang dolar AUD.

Bacaan inflasi tahunan Australia catatkan bacaan lebih rendah berbanding jangkaan, iaitu pada 7.4% menurun dari paras 8.4% sebelum ini.

Sementara, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia untuk suku terakhir 2022 catat pertumbuhan lebih perlahan iaitu 0.5% berbanding jangkaan untuk meningkat kepada 0.8% daripada bacaan terdahulu 0.7%.

Kedua-dua bacaan data yang menjadi perhatian bank pusat ini mencadangkan untuk Reserve Bank of Australia (RBA) perlu mula beralih ke arah pelonggaran dasar.

Kesannya dapat dilihat mata wang dolar Aussie melemah sebaik sahaja data diterbitkan di awal sesi Asia pagi tadi.

Namun, penurunan hanya sekadar menjejak ke paras sokongan 0.67000 sebelum harga dilihat kembali melantun sehingga ke paras ketinggian semalam sekitar 0.67500.

Ketinggian tersebut dilihat menjadi zon rintangan semasa buat harga yang perlu dilepasi untuk memberikan isyarat lebih jelas bagi pergerakan trend bullish.

Kenaikan harga jika diteruskan dilihat akan menuju zon SBR (support become resistance) pada 0.68200 sebelum melanjutkan ke paras lebih tinggi pada sasaran 0.69000.

Namun jika harga bertindak turun semula, paras sokongan 0.67000 akan terus menjadi tumpuan untuk diuji dan ditembusi.

Susut lebih rendah akan mendorong harga catatkan paras terendah terbaru 10 minggu menuju sekitar 0.66400.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat