Selepas Kenaikan 2 Hari Berturut-turut, EUR/USD Akan Jatuh Semula?

522

US dolar telah memaparkan pergerakan lemah 2 hari berturut-turut di awal minggu sementara pelabur terus waspada menjelang simposium Jackson Hole yang akan berlangsung bermula Jumaat ini.

Dalam acara tersebut, pelabur akan melihat sama ada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell akan mengemukakan petunjuk untuk waktu langkah pengurangan pembelian bon (tapering) akan dilaksanakan.

Jangkaan untuk langkah tapering dilakukan semakin menjauh apabila kebimbangan terhadap penularan Covid-19 varian Delta semakin meningkat dan ekonomi masih memerlukan sokongan oleh kerajaan dan bank pusat.

Justeru, US dolar masih dilihat bergerak susut semalam walaupun penurunan yang dipaparkan tidak menyaingi penurunan yang berlaku pada Isnin.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang melonjak di atas paras 1.17000 di awal minggu meneruskan kenaikan semalam menguji paras sekitar 1.17600.

Harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menunjukkan pergerakan trend bullish.

Penurunan harga di sesi Asia pagi ini (Rabu) dilihat akan menguji paras MA50 tersebut untuk isyarat arah pergerakan harga selanjutnya.

Sekiranya harga berjaya menyambung kenaikan untuk hari ketiga, rintangan 1.18000 bakal menjadi tumpuan setelah minggu sebelum ini harga gagal melepasi paras tersebut.

Kenaikan harga yang berjaya tembusi paras 1.18000 akan mendorong kenaikan lebih tinggi berpotensi untuk mencapai paras ketinggian 1.19000.

Namun, jika harga susut lebih rendah, paras 1.17000 akan kembali menjadi tumpuan semula untuk diuji. Penurunan lebih rendah akan memberi isyarat perubahan trend bearish semula.

Untuk penurunan lebih rendah, paras support minggu lalu sekitar 1.16700 akan diuji sebelum penurunan yang diteruskan dijangkakan untuk menuju ke paras 1.16000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru pada tahun ini.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat