Selepas Keputusan BOC, USD/CAD Panjat Ke Paras Tertinggi 5 Bulan!

76

Keputusan mesyuarat bank pusat Kanada pada sesi New York semalam telah memberi kesan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD.

Bank of Canada (BOC) mengesahkan tiada kenaikan kadar faedah dilaksanakan pada mesyuarat polisi terbaru setelah dimaklumkan sebelum ini.

Ini menjadikan BOC bank pusat utama pertama yang menghentikan kenaikan kadar faedah setelah menjadi terawal memulakan pengetatan dasar yang agresif sebelum ini.

Isyarat untuk peralihan ke dasar yang lebih longgar mendorong penyusutan pada nilai mata wang dolar Kanada.

Justeru harga pada carta USD/CAD dilihat menyambung corak kenaikan pada dagangan Rabu semalam.

Namun, momentum kenaikan harga dilihat lebih perlahan berbanding lonjakan yang telah dipaparkan pada Selasa ketika pasaran memberi reaksi awal terhadap isyarat hawkish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell untuk pengetatan dasar monetari.

Pada carta USD/CAD, harga telah membuat kenaikan mencapai paras sasaran pada 1.38000 ketika kenaikan diteruskan semalam.

Menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), harga kekal berlegar perlahan di paras 1.38000 tersebut dengan jangkaan kenaikan masih akan diteruskan.

Pergerakan harga yang masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD juga masih memberi isyarat untuk pergerakan bulllish.

Kenaikan harga jika diteruskan dilihat akan menguji zon sekitar 1.39000 sebelum menyambung pendakian lebih tinggi menuju ke paras 1.4000 atau 1.41000 untuk memburu rekod tertinggi terbaru 5 bulan.

Namun jika harga kembali paparkan corak penurunan semula, susut di bawah sokongan MA50 akan dinilai sebagai petunjuk awal untuk perubahan arah harga.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.36600 sebelum memberi isyarat pergerakan harga selanjutnya.

Tumpuan pasaran bakal beralih pada laporan data pekerjaan Kanada dan NFP AS pada Jumaat yang akan memberi kesan pergerakan kedua-dua mata wang greenback dan Loonie.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat