Selepas Meluncur Ke Zon $1.2600, USD/CAD Bersedia Untuk Berlepas Semula?

159

Momentum pengukuhan dolar Kanada mula pudar semula susulan laporan terbaru perkembangan pasaran minyak mentah yang membuatkan harga minyak kembali menurun.

Ini didorong oleh keputusan Arab Saudi yang bersedia untuk meningkatkan pengeluaran minyaknya setelah krisis sekatan minyak Barat ke atas Rusia.

Situasi yang dilihat akan mengurangkan tekanan bekalan minyak itu telah mendorong harga minyak kembali susut semula daripada peningkatan sebelum ini.

Oleh itu, harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD mula mendatar ekoran dolar Kanada yang kehilangan momentum sebelum ini sementara US dolar pula sudah mula pamerkan pengukuhan semula dalam pasaran minggu ini.

Namun, pengukuhan US dolar dilihat tidak begitu mendominasi ke atas Loonie berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Ini adalah disebabkan faktor fundamental bank pusat di mana Bank of Canada (BOC) pada mesyuarat polisi semalam menepati jangkaan untuk meningkatkan kadar faedah kepada 1.50%, meneruskan kenaikan kadar yang agresif seperti sebelum ini.

Walaupun positif buat dolar Kanada, namun sentimen pasaran minyak mentah pula mengekang kemaraan lanjut mata wang tersebut.

Penurunan harga pada carta USD/CAD telah mencecah ke zon 1.26000 pada minggu ini, namun mula mendatar di atas zon tersebut dan memberi isyarat awal untuk perubahan trend.

Peningkatan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam telah diberi perhatian oleh pelabur untuk petunjuk pergerakan trend bullish berkemungkinan bakal bermula.

Kenaikan awal harga dilihat akan menuju ke zon sekitar 1.27500 terlebih dahulu sebelum kenaikan yang diteruskan bakal menguji pula zon SBR (support become resistance) pada 1.29000.

Sebaliknya jika harga menunjukkan isyarat untuk menyambung penurunan semula, zon support pada 1.26000 akan diuji dan cuba untuk ditembusi.

Melepasi zon penting itu kemudiannya akan menguatkan jangkaan pelabur untuk harga meneruskan penurunan lebih rendah menyambung trend bearish sebelum ini.

Sasaran untuk penurunan harga selanjutnya adalah menuju ke zon tumpuan pada sekitar 1.25000.

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) akan diberi tumpuan dahulu pada minggu ini sebelum laporan data pekerjaan Kanada pula akan diteliti pada minggu berikutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat