Selepas Mendatar Atas $1.0600, EUR/USD Mula Menjalar Ke Atas

137

Prestasi US dolar yang suram pada Rabu semalam mengecewakan para pelabur yang menjangkakan raja mata wang itu untuk melanjutkan pengukuhan.

Ucapan bernada hawkish telah disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan dasar monetari, namun US dolar gagal untuk bergerak kukuh dalam pasaran.

Penganalisis walau bagaimanapun melihat situasi pergerakan harga itu adalah sekadar pembetulan (correction) dan menjangkakan US dolar bakal mengukuh semula selepas ini.

Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mendarat di paras sokongan 1.06000 pada Selasa lalu setelah melakukan terjunan ketara sejak dagangan minggu lepas.

Namun, pada Rabu semalam harga mula menunjukkan corak kenaikan semula ke paras 1.06750 membuatkan pelabur berwaspada dengan isyarat awal bagi perubahan trend itu.

Kenaikan harga telah melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut susulan penyusutan US dolar mendorong kenaikan tersebut.

Untuk jangkaan bagi kenaikan yang diteruskan hari ini, paras 1.07000 merupakan rintangan terhampir yang bakal diuji dan akan cuba untuk ditembusi harga.

Kenaikan lebih tinggi melepasinya bakal menuju ke paras tumpuan berikutnya yang berada pada sekitar ketinggian 1.08000.

Namun, jika harga berundur turun semula ke bawah, paras sokongan 1.06000 berkemungkinan akan diuji sekali lagi sebelum reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan.

Jika paras tersebut ditembusi, harga bakal menyambung kembali trend bearish minggu lalu dengan sasaran akan beralih ke paras tumpuan berikutnya pada 1.05000.

Lihat gambar carta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat