Carta harga pasangan mata wang GBP/JPY yang menjadi antara kegemaran trader memberi petanda arah pergerakan yang berbeza pada penghujung minggu ini.
Ini didorong oleh reaksi pasaran terhadap mesyuarat bank pusat England semalam dengan kadar faedah dinaikkan sebanyak 25 mata asas ke paras 5.25% seperti yang dijangkakan.
Namun, Pound Sterling dilihat gagal menunjukkan reaksi positif walaupun kadar faedah dinaikkan, sebaliknya alami penyusutan.
Pelabur tidak melihat arah yang jelas terhadap dasar monetari BOE apabila undian terhadap kadar faedah juga bercampur, dengan ada yang menyokong kenaikan hingga 50 mata asas, dan ada juga yang mengundi untuk dikekalkan.
Penganalisis juga bimbang terhadap kadar faedah yang terlalu tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi di UK ketika inflasi masih lagi berada di paras yang tinggi.
Data-data ekonomi terbaru selepas ini akan dipantau untuk mendapatkan petunjuk seterusnya.
Harga pada carta GBP/JPY yang menunjukkan pergerakan mendatar beberapa hari di atas paras 182.00 sebelumnya mula menjunam melepasinya.
Petunjuk pada indicator Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut kekal bearish di mana harga terhalang dan bergerak di bawah garisan tersebut.
Penurunan semalam telah mencecah sekitar 180.500 sebelum sedikit meningkat pada penutup sesi New York.
Pergerakan harga mendatar menyambung dagangan hari ini (Jumaat), namun masih belum melepasi halangan MA50 yang menjangkakan penurunan lanjut bakal diteruskan.
Sekiranya penurunan berlaku, harga bakal menuju sehingga ke sekitar 179.00 yang menjadi paras tumpuan terhampir sebelum penurunan lanjut boleh mencecah sekitar 176.00.
Namun jika harga membuat lonjakan pada dagangan sesi-sesi akhir ini, kenaikan yang melepasi halangan MA50 dan paras 182.00 akan menjadi isyarat awal untuk pergerakan bullish.
Kenaikan harga berkemungkinan akan mengatasi paras minggu ini sebelum menuju sasaran 185.00 untuk catatan paras ketinggian seterusnya.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG