Selepas Mesyuarat FOMC & ECB, EUR/USD Junam Ke Paras $1.1000

162

Menghampakan jangkaan penganalisis untuk melihat impak yang lebih dramatik pada mesyuarat FOMC awal pagi semalam apabila Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell tidak memberikan isyarat yang begitu jelas dalam penetapan dasar monetari selanjutnya.

Keputusan mesyuarat menyaksikan kadar faedah dinaikkan sebanyak 25 mata asas menepati ramalan majoriti pasaran ke paras 5.25%, mendorong penyusutan awal berlaku ke atas US dolar.

Kenyataan susulan oleh Powell menyatakan bakal ada perubahan besar di mana pasaran melihat sebagai isyarat untuk menghentikan kenaikan kadar, namun beliau turut menekankan bahawa bank pusat masih bertekad untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran.

Situasi ini dilihat menghadkan penyusutan lanjut US dolar, sebaliknya mula memaparkan pemulihan pada dagangan sesi-sesi berikutnya.

Sementara mata wang Euro pula menjunam setelah keputusan mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) juga menyaksikan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, yang merupakan kenaikan terendah memulakan langkah pengetatan tersebut sejak Julai 2022 lalu.

Namun, ECB turut memberi isyarat bahawa pengetatan dasar masih lagi diperlukan untuk ‘menjinakkan’ inflasi yang tinggi.

Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan EUR/USD, kenaikan harga dipaparkan terlebih dahulu menyusuli mesyuarat FOMC.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi semalam, kenaikan harga diteruskan sedikit melepasi paras 1.10800 menguji rintangan minggu lepas.

Kemudiannya, pasaran menyaksikan terjunan harga sehingga kesan keputusan mesyuarat ECB menekan harga jatuh mencecah paras tumpuan 1.10000.

Sedikit lantunan lemah dipamerkan sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat), namun pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam telah memberi petunjuk bearish.

Sekiranya penurunan harga diteruskan di bawah paras 1.10000, harga dijangka susut menuju zon sokongan seterusnya pada 1.09000.

Setelah isyarat jelas pergerakan bearish buat harga, penurunan lanjut boleh mencecah hingga ke sekitar 1.08000.

Namun jika harga membuat lonjakan semula di penghujung minggu ini, zon 1.10800 masih menjadi rintangan penting untuk ditembusi.

Jika berjaya, kenaikan akan diteruskan ke paras lebih tinggi menuju sasaran pada 1.12000.

Pelabur akan lebih berwaspada menantikan pula terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat