Selepas Mesyuarat RBA, AUD/USD Lonjak Ke Paras Tertinggi Terbaru 7 Minggu

302

Mata wang dolar Australia pada sesi Asia pagi ini (Selasa) tidak memberi reaksi ketara terhadap keputusan mesyuarat bank pusat Australia sebentar tadi.

Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah tidak berubah untuk mesyuarat edisi Mac 2022 yang telah dijangkakan oleh pasaran.

Gabenor Philip Lowe masih mengulangi kenyataan sebelum ini yang memberi petunjuk penggubal dasar mengambil langkah tunggu dan lihat sementara terkini memberi tumpuan kepada perkembangan krisis perang antara Rusia dan Ukraine.

Mata wang dolar Australia dilihat tidak tidak memberi reaksi ketika keputusan mesyuarat pada sesi Asia, namun mula menunjukkan peningkatan pada awal sesi Eropah yang masih dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang sedikit pulih.

Pada perkembangan semasa krisis yang sedang berada dalam fasa rundingan, sentimen pasaran yang sedikit pulih turut menjadi faktor kenaikan nilai dolar Aussie sementara US dolar pula terbantut daripada pengukuhan yang dipaparkan minggu lalu.

Oleh itu, pelabur menyaksikan corak kenaikan harga telah dipaparkan semula pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD di awal minggu ini.

Harga telah membuat kenaikan dari zon 0.71800 semalam sehingga melepasi rintangan pada 0.72300 dan menutup dagangan sesi New York sekitar 0.72600.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga bergerak mendatar dan tiada reaksi selepas keputusan mesyuarat RBA.

Kembali memberi tumpuan terhadap perkembangan krisis Rusia-Ukraine, harga menyambung semula kenaikan ke paras rintangan 0.72800 dan cuba untuk mengatasi paras ketinggian dicapai harga minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan ke zon rintagan pada Januari lalu pula iaitu sekitar 0.731000 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu.

Namun, jika penurunan harga kembali terjadi, paras sokongan awal harga yang dilihat bakal diuji adalah pada 0.72300 sebelum menuju ke zon 0.71800 semula.

Penurunan lebih rendah bagi isyarat perubahan trend bearish akan mendorong harga mencecah semula sehingga zon support pada 0.71000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat