Selepas Naik Lebih Tinggi, Hala Tuju Emas Kini Jadi Tanda Tanya

936

Emas kekal mempertahankan sebahagian besar keuntungan yang diraihnya setelah bangkit dari paras terendah pada minggu lalu walaupun sedikit susut pada hari Isnin.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diniagakan berlegar pada $1,725 per auns, susut sedikit daripada paras ketinggian satu minggu $1,739 yang dicapainya pada Jumaat.

Kemerosotan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun pada minggu lalu telah menyokong dagangan emas untuk bangkit semula dari paras terendah hampir satu tahun.

Bagaimanapun, kenaikan tersebut kembali terbatas apabila tumpuan pasaran tertumpu pada mesyuarat polisi FOMC yang bakal berlangsung minggu ini.

Federal Reserve (Fed) dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas bagi meredakan kehangatan inflasi di Amerika Syarikat, tetapi terdapat peluang sekitar 9% yang dilihat pelabur untuk kenaikan 100 mata asas.

Sementara itu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen memberitahu pada hari Ahad bahawa pertumbuhan ekonomi Amerika semakin perlahan dan beliau mengakui terdapat risiko kemelesetan keraana ia tidak dapat dielakkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat