Meneliti pasaran minggu lalu, pengukuhan Pound lebih terserlah pada dagangan menuju penghujung minggu setelah bank pusat England (BOE) menaikkan kadar faedah pada mesyuarat polisi yang terbaru.
Situasi tersebut juga turut didorong oleh faktor penyusutan bagi mata wang US dolar dalam pasaran yang memberi reaksi suram terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di sesi terakhir minggu tersebut, memberi ruang mata wang utama termasuk Pound untuk meningkat.
Pada minggu ini, tumpuan akan terarah kepada data pertumbuhan ekonomi UK yang akan mempengaruhi mata wang Pound sementara US dolar pula akan menerima impak reaksi data inflasi AS yang akan diterbitkan.
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah jatuh mencecah paras 1.26200 pada Khamis lalu, sebelum pamerkan corak kenaikan semula pada Jumaat.
Ketika reaksi laporan NFP AS diterbitkan, harga telah melonjak dari paras 1.27000 hingga ke paras 1.27900 sebelum berundur semula ke sekitar 1.27500 pada penutupan sesi terakhir itu.
Harga mendatar di sekitar tersebut menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia di awal minggu ini.
Namun pelabur bersedia untuk kemungkinan lonjakan berlaku lagi selepas isyarat awal pergerakan bullish di mana harga telah bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Sekiranya kenaikan harga diteruskan lagi selepas ini, paras ketinggian dicapai pada Jumaat lalu bakal diatasi sebelum harga menuju ke sasaran seterusnya pada zon rintangan 1.29000.
Seterusnya, paras 1.3000 akan menjadi tumpuan berikutnya jika corak kenaikan harga masih diteruskan lagi.
Sebaliknya jika harga menjunam semula di bawah paras 1.27000 setelah melepasi sokongan MA50, ini akan kembali menjadi petunjuk untuk corak bearish minggu lalu bersambung semula.
Penurunan harga bakal menuju ke zon penting 1.26000 sebagai zon sokongan yang akan mengundang reaksi menarik harga bagi petunjuk pergerakan harga selanjutnya.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG