Selepas Pandemik Berlalu, Kripto Masih Hidup Tapi Bank Pula Nyawa-Nyawa Ikan?

238

“Susah nak tentukan, anda punya pendapat pula macam mana?”

Sudah sedia maklum pasaran mata wang kripto telah menghadapi kejatuhan drastik ketika pandemik COVID-19, tetapi para pelabur didapati mula berminat dengan aset digital apabila harganya lonjak ke tahap lebih tinggi pada 2021.

Namun kali ini kebanyakan individu digegarkan dengan isu keruntuhan Silicon Valley Bank (SVB) yang merupakan bank terbaik di Amerika Syarikat (AS) dan ia pernah dipaparkan dalam senarai Forbes Financial All-Stars.

Walaupun SVB adalah pemberi pinjaman ke-16 terbesar di AS yang telah beroperasi selama 40 tahun dengan $200 bilion aset, pengawal selia telah mengawal bank itu susulan kegagalannya memenuhi permintaan pengeluaran daripada pendeposit.

Secara konteks, beberapa syarikat pemula (startup) mula takut akan SVB selepas mereka didapati rancang mengemas kini kunci kira-kiranya pada hari yang sama Silvergate musnah.

Umum mengetahui bahawa penutupan SVB telah mengheret kejatuhan saham perbankan antarabangsa diikuti dengan kegagalan SVB Financial Group dan entiti lain yang turut memberi risiko pada sistem kewangan.

Dilaporkan, Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC) telah bertindak memburukkan lagi pasaran kripto dengan menyebut ia sebagai ancaman pada sistem kewangan negara.

Namun, kaitan SVB dengan kripto adalah agak kecil dan perkara ini menimbulkan beberapa persoalan tentang mata wang fiat yang mungkin sudah tidak kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat