Pergerakan pasaran pada sesi terakhir minggu lalu dipengaruhi oleh reaksi bercampur ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) terbaru diterbitkan.
Meneliti laporan, pertambahan pekerjaan pada bulan Oktober catat angka mengejutkan hanya serendah 12,000 sahaja jauh dari ramalan 106,000.
Namun laporan tersebut dikatakan catat bacaan kurang tepat berikutan berlaku bencana taufan yang melanda sebahagian kawasan di Amerika, sementara bacaan bagi purata pendapatan serta kadar pengangguran tidak terjejas.
US dolar melemah seketika selepas laporan diterbitkan, namun kembali papar pemulihan menuju penghujung sesi sekaligus menutup dagangan minggu tersebut.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga sempat menguji zon 1.09000 sebelum berundur dari rintangan tersebut.
Penurunan harga menghampiri sekitar 1.08300 pada penutup sesi terakhir tersebut, namun dibuka lebih tinggi pada permulaan sesi Asia pagi ini (Isnin) di atas 1.08700.
Harga meningkat perlahan dilihat menguji kembali zon rintangan pada 1.09000 dengan reaksi harga diperhatikan untuk petunjuk arah selanjutnya.
Isyarat bullish dikembalikan semula setelah harga bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, namun pelabur akan berhati-hati dengan ketidaktentuan minggu ini menjelang acara pilihan raya presiden AS.
Jika harga melonjak tinggi selepas berjaya tembusi zon 1.09000, kenaikan lebih tinggi bakal dijangkakan menuju paras 1.10000 untuk mengujinya.
Namun, sekiranya situasi sebaliknya yang berlaku, terjunan harga akan akan kembali hampiri sekitar 1.08000 atau menjunam lebih rendah di bawahnya.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK