Selepas SVB, Signature Bank Pula Lingkup!

1,281

“Banyaknya bank dah tutup, agaknya lepas ni siapa pula?”

Sebelum ini Silvergate dan sekarang sebuah lagi bank mesra mata wang kripto berpangkalan di New York iaitu Signature Bank telah ditutup.

Dilaporkan, Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC) membuat keputusan tersebut untuk melindungi ekonomi AS dan kukuhkan keyakinan banyak individu terhadap sistem perbankan.

Sama seperti Silicon Valley Bank (SVB), Fed menyatakan bahawa tiada sebarang kerugian akan ditanggung oleh pembayar cukai.

Namun, pemegang saham dan sesetengah pemegang hutang tidak bercagar tidak akan dilindungi sementara pengurusan kanan disingkirkan.

Langkah berikut akan memastikan sistem perbankan AS terus melaksanakan peranan pentingnya untuk melindungi deposit dan sediakan akses kredit pada isi rumah dan perniagaan dengan cara yang dapat galakkan pertumbuhan ekonomi.

Secara konteks, Signature Bank mempunyai deposit $88.6 bilion pada 31 Disember dan kebanyakan pihak mempercayai ia adalah bank paling mesra kripto di AS.

Dalam pada itu, Silvergate Bank pada minggu lalu mengumumkan akan secara sukarela menutup operasinya mengikut perkembangan industri dan peraturan baru-baru ini.

Menerusi pandangan beberapa penganalisis, Signature Bank dapat mengharungi pelbagai cabaran semasa kejatuhan FTx susulan depositor mereka jauh lebih banyak daripada Silvergate Bank yang mempunyai deposit 5% daripada kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat