Minit mesyuarat FOMC menjadi tumpuan ketika diterbitkan pada awal pagi ini dah pelabur memerhatikan kesan pergerakan terhadap mata wang US dolar.
Meneliti laporan minit, Federal Reserve (Fed) dilihat akan masih terus mengekalkan dasar monetari semasa dan juga kadar faedah dijangka tidak akan dinaikkan pada mesyuarat Disember nanti.
Namun, ahli mesyuarat masih mempertimbangkan langkah pengetatan dasar monetari sekiranya keadaan mendesak untuk dilakukan.
US dolar dilihat sedikit pulih dari corak penyusutan sebelum ini untuk kukuh sedikit berbanding beberapa mata wang utama seperti Euro selepas minit diterbitkan.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak penurunan harga telah mula dipaparkan pada dagangan Selasa semalam yang berubah arah dari kenaikan awal minggu.
Selepas mencapai paras ketinggian 1.09600, harga kembali susut sehingga bersambung selepas minit FOMC diterbitkan dengan harga mencecah sekitar 1.09000.
Pelabur berwaspada dengan isyarat awal bagi perubahan trend susulan harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Jika US dolar semakin pulih, harga boleh ditekan lebih rendah lagi untuk sasaran menuju semula paras tumpuan pada 1.08000.
Namun sekiranya harga melonjak semula melepasi halangan MA50, trend bullish harga sebelum ini bakal diteruskan.
Kenaikan lebih tinggi dilihat akan mensasarkan untuk mencapai paras 1.10000 dan menguji zon rintangan penting itu.
Data ekonomi AS akan diperhatikan pada sesi New York malam nanti yang dijangka akan turut mempengaruhi mata wang US dolar.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG