Sell The News? Itu Yang Mungkin Terjadi Pada Saham Ini

338

Harga saham SAM Engineering & Equipment (M) Bhd menyaksikan penyusutan pada pembukaan pasaran hari ini meskipun mencatat keuntungan bersih suku kedua yang lebih baik.

Memasuki waktu rehat tengah hari, harga saham SAM Engineering jatuh sebanyak 11.04% kepada RM14.34 setelah mencapai paras RM16.12 ketika penutupan Bursa pada semalam.

Meneliti kepada penilaian, harga saham kumpulan itu telah pun melonjak melebihi 120% daripada paras RM7.35 yang dicapai pada 4 Januari 2021.

Selepas itu, ia terus mencatatkan rekod saham tertinggi sejak penyenaraiannya di Bursa Malaysia untuk mencapai paras RM16.24 pada 24 Ogos 2021.

Namun tidak sama seperti yang lain, harga saham SAM Engineering mula menyusut dari paras tertinggi setelah syarikat mengumumkan prestasi kewangan pada suku kedua.

Penyusutan itu berkemungkinan berlaku disebabkan oleh pelabur melakukan aktiviti profit taking.

Keuntungan bersih syarikat telah meningkat 66.22% kepada RM11.98 juta daripada RM7.21 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Bagi pendapatan syarikat pula, ia juga dilihat melonjak sebanyak 18.6% kepada RM202.78 juta berbanding pada sebelumnya sekitar RM170.98 juta.

Berdasarkan kepada segi prospek, kumpulan itu mengatakan bahawa terdapat kekurangan cip semikonduktor global yang mungkin berlanjutan sehingga akhir 2023.

SAM Engineering juga mengatakan ia bakal membuat pelaburan dalam mesin dan ruang baharu untuk memenuhi permintaan produk yang kian meningkat.

Selain itu, ia dilihat sedang memperluaskan operasi pembuatan di Thailand yang mana sebuah kilang telah terjamin dan dijangka akan memulakan pengeluaran besar-besaran pada Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat