Semakin Kritikal, Kewangan AirAsia Hanya Mampu Bertahan Kurang Tempoh 5 Bulan?

3,314

Keadaan kewangan AirAsia Group Bhd begitu kritikal dan memerlukan dana yang tinggi untuk meneruskan operasi pada masa akan datang.

Perbelanjaan bulanan AirAsia menelan kos sebanyak RM527 juta. Melihat kepada kewangan AirAsia pada akhir tahun 2019, mereka berjaya meraih sebanyak RM2.6 bilion, termasuk RM1.2 bilion hasil daripada jualan awal tiket penerbangan.

Melalui jumlah itu, andaian dibuat jika 20% hasil jualan tersebut dipulangkan kerana pembatalan penerbangan AirAsia, baki yang tinggal adalah sebanyak RM2.4 bilion.

Melihat situasi sekarang, jumlah tersebut diramalkan mampu menampung kos tetap AirAsia selama kurang lima bulan dari sekarang. Hal ini menuntut AirAsia untuk mendapatkan sumbangan secepat yang mungkin atau menangguhkan pembayaran kepada pembekal.

Pakar penganalisa turut meramalkan AirAsia memerlukan dana sebanyak RM1 bilion untuk tahun ini sahaja termasuk penangguhan pembayaran sepanjang tempoh krisis pandemik Covid-19.

AirAsia dilaporkan sedang mencari inisiatif dari pihak kerajaan dengan mendapatkan jaminan untuk pinjaman yang diharapkan dengan kadar faedah yang rendah dari bank tempatan.

Walaupun tindakan pihak kerajaan untuk menyelamatkan industri penerbangan masih lagi samar, mustahil untuk pihak kerajaan mengabaikan isu ini memandangkan industri penerbangan turut menjadi salah satu penyumbang kepada ekonomi Malaysia.

Pihak mereka telah menghentikan sebahagian operasinya di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan India susulan daripada sekatan perjalanan domestik dan antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat