Semalam Kiri, Harini Kanan! Bursa Cemerlang Tapi Ringgit Macam Mana?

87

Ekoran prestasi dagangan positif Wall Street semalaman, Bursa Malaysia dibuka baik pada hari ke-2 sesi dagangan bulan Oktober.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, lantunan Wall Street memberi momentum kepada dagangan ekuiti tempatan namun ia tidak menandakan sentimen kebimbangan sudah hilang.

Atas faktor itu, pelabur mungkin mengambil peluang untuk jual pada keuntungan sementara saham bertemakan solar termasuk pembinaan dan telekomunikasi dijangka menjadi pilihan menjelang Bajet 2023.

Dalam pada itu, indeks FTSE KLCI (FBM KLCI) naik 7.02 mata pada 1,404.64 daripada penutupan Isnin pada 1,397.62 dengan pembukaan baik 6.14 mata pada 1,403.76.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 282 atasi kerugian pada 62, manakala 156 kaunter pula tidak berubah, 1,853 tidak didagangkan dan 30 digantung.

Jumlah perolehan pada 119.91 juta unit bernilai RM68.64 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank,  Public Bank Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd naik 1 sen pada RM8.61, RM4.26 dan RM8.40 sementara CIMB Group Holdings Bhd tambah 5 sen pada RM5.17 manakala IHH Healthcare Bhd susut 3 sen pada RM5.86.

Saham aktif memperlihatkan Vinvest Capital Holdings Bhd maju 1 sen pada 19.5 sen, Pertama Digital Bhd naik 2 sen pada RM1.55, Cnergenz Bhd capai 4.5 sen pada RM1.04, Scomi Energy Services Bhd tambah 2.5 sen pada 7 sen sementara SNS Network Technology Bhd mendatar pada 27 sen.

Di papan indeks, FBM Emas raih 58.14 mata pada 10,025.54, FBM 70 capai 97.66 mata pada 12,186.45, FBMT 100 Index lonjak 55.89 mata pada 9,778.85, FBM Emas Shariah tambah 67.24 mata pada 10,062.34 dan FBM ACE kumpul 22.03 mata pada 4,674.14.

Segi sektor, indeks Tenaga tambah 13.05 mata pada 687.30, indeks Perkhidmatan Kewangan lonjak 40.12 mata pada 15,983.33, indeks Produk serta Perkhidmatan naik 1.01 mata pada 169.67 dan indeks Perladangan canak 16.13 mata pada 6,525.12.

Sementara itu, ringgit bergerak mendatar 4.6460/6495 berbanding dolar daripada penutupan Isnin pada 4.6470/6500 iaitu penutupan terendah baru dalam 24 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat