Semangat Pelabur Zon Eropah Jatuh Keparas Terendah 5 tahun lalu!

465

Berdasarkan kajian soal selidik yang dikeluarkan oleh Sentix, semangat para pelabur di Zon Eropah semakin mengendur pada bulan Ogos sehingga mencatat bacaan terendah sejak Oktober 2014. Laporan tersebut juga menyatakan amaran bahawa kegawatan ekonomi bakal terjadi di Jerman.

Berdasarkan kumpulan pengkaji Sentix, indeks sentimen pelabur di zon Eropah jatuh kepada -13.7 pada bulan Ogos daripada -5.8 pada Julai, jauh tersasar daripada sasaran penganalisis yang menjangkakan bacaan pada -7.7. Jangkaan bahawa bacaan akan terus jatuh daripada -13.0 kepada -20.0, iaitu bacaan terendah sejak Ogos 2012 jika kegawatan ekonomi berlaku. Pada 2012 yang lalu, zon ekonomi eropah dihimpit dengan krisis hutang.

Pada tahun tersebut, Presiden Bank Pusat, Mario Draghi telah berjanji akan melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan Eropah. Namun jangka masa Draghi  semakin hampir tamat, bacaan jangkaan ekonomi masih melepasi tahap yang memuaskan.

Pada bulan Julai, ECB telah mengubah arah tuju kadar faedah dan mengeluarkan arahan menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelonggaran polisi.

Laporan kajian selidik Sentix adalah berdasarkan soal selidik 930 pelabur yang dijalankan bermula Ogos 1 sehingga Ogos 3.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat