Dengan kekalahan dalam pilihan raya baru-baru ini yang diwakili Kamala Harris, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menggesa untuk mempercepatkan berbilion-bilion dana bantuan kepada Ukraine sebelum penggalnya berakhir pada Januari.
Matlamatnya adalah untuk mengukuhkan pertahanan Ukraine di tengah-tengah kebimbangan bahawa pentadbiran baharu di bawah Donald Trump mungkin mengurangkan sokongan.
Trump, yang memenangi pilihan raya presiden 2024 telah menyatakan keraguan tentang tahap penglibatan AS dalam konflik Ukraine dengan Rusia, menimbulkan persoalan mengenai bantuan masa depan.
Rancangan Biden termasuk menyalurkan sebanyak $9 bilion bantuan ketenteraan ke Ukraine.
Pakej bantuan ini, terdiri daripada wang dan senjata, bertujuan untuk membantu Ukraine menguguhkan kedudukannya menentang Rusia.
Sejak permulaan konflik pada 2022, AS telah menyalurkan dana kepada Ukraine dengan lebih $64 bilion sokongan ketenteraan, menjadikan pakej ini rangsangan yang ketara untuk pertahanan Ukraine.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengucapkan tahniah kepada Trump dan menekankan kepentingan sokongan AS yang berterusan.
Tindakan mendesak Biden dalam mendapatkan bantuan mencerminkan kebimbangan bahawa peralihan dalam kepimpinan AS boleh mengubah pendekatan Washington ke Ukraine, terutamanya terdapat beberapa pemimpin baharu mempersoalkan keperluan sokongan berterusan.