Semua Salah China, Pasaran Aset Berisiko Kecundang Semalaman

177

Berita mengenai lonjakan kes dan kematian melibatkan Covid-19 di China mencetus kegusaran ekonomi sekaligus menolak jatuh ekuiti global pada pembukaan sesi dagangan pagi hari.

Ekoran berita tersebut, bandar Beijing menggesa warganya untuk duduk di rumah pada Isnin sementara Guangzhou melaksanakan semula sekatan perjalanan (lockdown) untuk tempoh 5 hari.

Perkara ini secara tidak langsung mengembalikan kebimbangan dunia berkenaan pelaksanaan semula lockdown di negara kuasa ekonomi ke-2 terbesar dunia itu.

Ulas pengerusi  Great Hill Capital, Thomas Hayes, kerajaan China dilihat tidak mahu mengambil risiko untuk memusnahkan usaha sifar-Covid dengan mengambil langkah segera bagi tempoh masa pendek ini.

Rentetan itu, Wall Street menyaksikan penjualan pada indeks-indeksnya dengan sektor teknologi ke tenaga termasuk perkhidmatan komunikasi dan pengguna dilihat terkesan.

Indeks Dow Jones Industrial jatuh 0.13% pada 33,700.28, S&P 500 hilang 0.39% pada 3,949.94 dan Nasdaq Composite turun 1.09% pada 11,024.51.

Indeks meluas MSCI saham global susut 0.72% sementara saham di Eropah agak mendatar.

Pagi ini di Asia pula Nikkei 225 Jepun naik 0.6%, Topix tambah 0.82%, S&P/ASX 200 Australia canak 0.5% sementara Kospi serta Kosdaq masing-masing jatuh 0.34% dan tolok MSCI Asia Pasifik mendatar.

Dalam pada itu, dolar dilihat mencanak dengan kebimbangan Covid-19 di China memberi kelebihan lonjakan sebanyak 0.82% pada greenback sementara Euro jatuh 0.82% pada $1.0239.

Hasil Perbendaharaan turut memperlihatkan kenaikan menjelang percutian Hari Kesyukuran Amerika Syarikat (AS) tatkala terdapat kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Nota penanda aras 10 tahun melantun pada 3.8419% sementara nota hasil 2 tahun pada 4.5651% dan bon 30 tahun pada 3.9066%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat