Senarai Hutang Negeri Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016

51,691

Selepas bajet 2017 dibentangkan di parlimen pada 21 Oktober 2016, pasti kita tertanya, bagaimana perbelanjaan ini diperuntukkan. Secara ringkas, dana negara diperoleh hasil kutipan cukai, royalti minyak, dividen pelaburan, pulangan balik perbelanjaan dan pinjaman. Kemudian, daripada jumlah tersebut di bahagikan kepada pengurusan, pembangunan, emolumen, perkhidmatan dan bekalan.

Pada 31 Julai 2017, Ketua Audit Negara telah mengeluarkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016. Laporan tersebut merangkumi pelbagai aspek bermula daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri, hinggalah kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Hari ini Team Moshed akan kongsikan kepada anda senarai tunggakan bayaran balik (hutang) bagi 13 kerajaan negeri pada akhir tahun 2016. Angka ini diaudit berdasarkan maklum balas perbendaharaan Malaysia yang diterima pada bulan Mei 2017.

1) Pahang – RM 1,087.93 juta

 

2) Kedah – RM 1,028.85 juta

 

3) Terengganu – RM 502.36 juta

4) Melaka – RM 405.03 juta

5) Kelantan- RM 391.89 juta

6) Johor – RM 334.54 juta

7) Negeri Sembilan – RM 196.71 juta

8) Perlis – RM 171.44 juta

9) Sarawak – RM 36.54 juta

10) Sabah – RM 30.76 juta

11) Perak – RM 23.86 juta

12) Selangor – RM 14.67 juta

13) Pulau Pinang – tiada hutang

# Kesimpulan

Berdasarkan laporan, jumlah baki pinjaman seluruh kerajaan negeri yang masih belum diselesaikan bersamaan RM 17,049.69 juta (RM 17.05 billion) dan tunggakan tidak berbayar pada tahun lepas mencapai 47.7%. Walaupun tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 22 tahun, tanpa mengira latar belakang politik, kami berharap angka hutang ini dapat dikecilkan pada masa akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat