Sentimen Dagangan Semasa Masih Positif? Tumpuan Terarah Pula Kepada Data Jualan Runcit Kanada

389

Dagangan semalam banyak mempengaruhi pergerakan matawang komoditi dolar AUD khususnya. Selepas laporan data pekerjaan yang memberangsangkan, AUD berjaya melonjakkan nilainya sebelum laporan Westpac mengatakan bank pusat bakal menurunkan kadar faedah dua kali pada tahun ini kembali melihatkan Aussie mengalami kejatuhan nilai.

Susulan itu juga, Aussie terus terkesan apabila China menyekat import arang batu Australia di pelabuhan Dalian di mana pasaran terus melihat dolar AUD jatuh merudum berbanding hampir kesemua pasangan matawang utama yang lain.

Matawang dolar Kanada menunjukkan penurunan berikutan kejatuhan harga minyak dan pasaran saham yang menurun. Tumpuan untuk CAD pada dagangan hari ini akan terarah kepada data jualan runcit di Kanada yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam ini.

EURO masih dilihat berada pada dagangan yang berisiko namun berjaya membuat sedikit kenaikan setelah data PMI zon Eropah menunjukkan peningkatan sejak enam bulan lalu. Dengan perkembangan positif pada sektor perkhidmatan di Perancis dan Jerman, pelabur mula melihat harapan untuk EURO kembali mengukuh kembali.

Sesi pasaran Eropah hari ini turut akan menyaksikan data ekonomi pada zon Eropah dikeluarkan dan pelabur menjangkakan bacaan data bakal bercampur-campur.

Pound Sterling masih bertahan walaupun Kesatuan Eropah menegaskan bahawa tetap akan tiada perubahan dalam rundingan Brexit bersama Presiden Juncker dan Perdana Menteri, Theresa May. Sikap berkeras PM May membuatkan Juncker melihat UK sukar untuk mengelak daripada situasi Brexit tanpa perjanjian. Wakil jurucakap kerajaan UK pula berpendapat perjanjian akan mencapai persetujuan pada minggu hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat