Sentimen Kembali Positif, USD Abaikan Bacaan Tuntutan Pengangguran Yang Lemah

375

US dolar meningkat ke paras ketinggian 3 minggu berbanding sekumpulan matawang utama ketika pelabur disajikan dengan bacaan jumlah tuntutan faedah pengangguran AS yang masih lagi menunjukkan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada minggu lepas.

Jumlah tuntutan pengangguran mencatatkan bacaan paling rendah sejak Mac lalu pada minggu lepas dengan peningkatan sebanyak 2.98 juta. Ini menjadikan jumlah keseluruhan tuntutan yang dibuat adalah sebanyak 36.5 juta sejak 21 Mac.

Dalam pada itu, Presiden AS Donald Trump dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan rang undang-undang rangsangan coronavirus fasa keempat, tetapi beliau dikatakan tidak akan menerima cadangan rangsangan yang diusulkan oleh Demokrat.

Pada Selasa, Demokrat telah mengumumkan rang undang-undang langkah rangsangan pandemik yang bernilai $3 trilion, yang akan menyediakan bantuan kepada negeri dan kerajaan tempatan, ujian coronavirus dan pembayaran langsung kepada rakyat Amerika.

Bagaimanapun, cadangan ini menerima tentangan daripada Senat AS, di mana para pemimpin Republik mengatakan langkah rangsangan selanjutnya adalah tidak diperlukan setakat ini.

Sentimen pasaran yang semakin pulih telah mendorong pasaran Wall Street untuk meraih keuntungan, sekali gus mendorong matawang yang berkait dengan komoditi sedikit lebih tinggi pada sesi sebelumnya.

Dolar Aussie didagangkan meningkat berbanding US dolar sementara pasaran menantikan penerbitan data pengeluaran perindustrian China. Bagaimanapun, ketidakpastian dalam hubungan antara AS dan China masih membataskan pergerakan bagi matawang itu.

Sementara itu, safe-haven yen dan Swiss franc masing-masing didagangkan lemah berbanding USD dan matawang utama lain, memperlihatkan bahawa permintaan terhadap US dolar adalah bukan sebahagian daripada sentimen risk-off.

Sesi pasaran Asia turut menyaksikan matawang pound diniagakan mendatar berbanding US dolar setelah mencecah paras terendah lima minggu pada sesi sebelumnya, ditekan oleh kebimbangan terhadap kesan COVID19 kepada ekonomi UK dan risiko Brexit.

Pound menyusut setelah UK mengulangi penolakannya untuk melanjutkan tempoh peralihan Brexit yang akan berakhir pada Disember tahun ini, menandakan keengganannya untuk berkompromi dalam rundingan perdagangan bersama Kesatuan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat