Sentimen Keseluruhan Pasaran Jepun Termasuk Japanese Yen

110

Pengeluaran perkilangan di Jepun meningkat ke paras tertinggi lapan bulan lepas, manakala kadar pengangguran pula mencapai paras terendah dalam masa 20 tahun pada Februari. Hal ini dilihat sebagai satu isyarat peningkatan permintaan dari luar negara yang akan terus menyokong negara pengeksport ini.

Inflasi teras (Core-CPI) harga pengguna di Jepun meningkat bulan lalu. Jabatan Statistik Jepun melaporkan ‘core-cpi‘ naik kepada 0.2% dari 0.1% di mana jangkaan juga pada 0.2%.

Manakala dalam data berasingan yang dikeluarkan, harga pengguna di Tokyo jatuh tanpa dijangka bulan lalu. Tokyo core-cpi susut kepada -0.4% dari -0.3% sebelum ini. Jangkaan bagi data kali ini ialah peningkatan kepada -0.2%.

Kadar pengangguran di Jepun juga jatuh tanpa dijangka bulan lepas kepada 2.8% dari 3.0% sebelum ini. Jangkaan kali ini ialah tiada perubahan dari 3.0%.

Perbelanjaan isirumah (household spending) di Jepun jatuh lebih dari jangkaan pada Februari kepada -3.8% dari -1.2% sebelum itu. Jangkaan kali ini adalah penyusutan -1.7%.

Pengeluaran perindustrian di Jepun meningkat lebih dari jangkaan bulan lalu. Data yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi dan Industri ini merekodkan kenaikan 2.0% berbanding kejatuhan -0.4% sebelum ini di mana jangkaan adalah kenaikan 1.2%.

Berdasarkan data yang dikeluarkan, penganalisis berpendapat pasaran akan menjangkakan Bank of Japan (BoJ) berkemungkinan akan mengurangkan rangsangan polisi monetari.

BoJ sebelum ini menegaskan bahawa akan meneliti pelbagai data bukan hanya harga-teras dalam menentukan tren inflasi. Pihak bank pusat juga menyatakan gaji mesti meningkat bersama kenaikan harga supaya sasaran inflasi 2% dapat dicapai.

Usd/Jpy jatuh hampir 50 pip sejak lima jam lepas yang menunjukkan penguatan Yen selepas beberapa data dari Jepun dikeluarkan sejak pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat