Sentimen & News yang Bakal Menggerakkan Gbp/Usd Minggu Ini (2-6 Disember)

57

Gbp/Usd minggu lalu mendapat manfaat dari (thin-liquidity) jumlah dagangan yang kecil dalam pasaran matawang dunia. Gbp/Usd membuat kenaikan lebih dari 100 pip dalam dagangan Jumaat dan berjaya mengekalkan momentum itu sehingga pasaran ditutup berbanding Eur/Usd yang kehilangan momentum walaupun telah naik hampir 170 pip.

Secara keseuruhan ekonomi UK masih lagi berhadapan ketidaktentuan Brexit dengan tempoh keluarnya UK dari Kesatuan Eropah yang masih belum jelas.

Setakat ini Gbp/Usd telah mencatatkan kejatuhan hampir 18% sejak undian Brexit pada Jun 2016. Kejatuhan ini berikutan kebimbangan pelabur luar dan tempatan tentang masa depan UK apabila meninggalkan Kesatuan.

UK mungkin sukar mengakses pasaran tunggal ini dalam kata mudahnya melakukan perdagangan dengan halangan yang lebih ketat. Hal ini akan menyukarkan pergerakan perniagaan di UK untuk memasuki negara ahli Kesatuan seterusnya memperlahankan aktiviti perniagaan di negara ini. Sebelum ini, terdapat data yang menunjukkan pelaburan yang semakin berkurangan di UK kerana syarikat-syarikat mahu mengurangkan risiko dalam pelaburan baru mereka.

Jumaat lalu Gbp/Usd menutup harga dan membentuk candle yang agak solid yang menunjukkan berkemungkinan Gbp/Usd boleh menguat dalam masa terdekat ini. Dalam timeframe lebih kecil, Gbp/Usd juga telah menembusi resistance yang menambah lagi potensi kenaikan dalam masa terdekat.

Ketika ini US dolar masih dilihat dominan dengan fundamental ekonomi nya yang kukuh berdasarkan data petunjuk ekonomi yang dikeluarkan sebelum ini. Selain itu jangkaan kepada kenaikan kadar lebih dari dua kali pada 2017 akan menguatkan lagi potensi penguatan US dolar. Oleh itu sebarang kenaikan dalam Gbp/Usd diramalkan hanya pembetulan harga (correction) sebelum meneruskan penurunan. Harus diingat semua ini berdasarkan fundamental dan sentimen semasa Gbp/Usd dan perkara ini boleh berubah dari masa ke semasa.

Minggu ini data dari US akan mendominasi data impak-tinggi dan dijangka data-data ini akan menggerakkan pasaran tukaran matawang dunia pada minggu pertama dagangan 2017. Antara data tersebut ialah:

  • Indeks sektor pembuatan UK (Selasa 5.30pm)
  • Indeks Sektor Pembuatan ISM (Selasa 11 pm)
  • Indeks sektor pembinaan UK (Rabu 5.30pm)
  • Minit mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 am)
  • Indeks Perkhidmatan UK (Khamis 5.30pm)
  • ADP-NFP (Khamis 9.15 pm)
  • Tuntutan Pengangguran (Jobless claims Khamis 9.30 pm)
  • Indeks Sektor Bukan-Pembuatan ISM (Khamis 11 pm)
  • Inventori minyak EIA (Jumaat 12 am)
  • Data NFP (Jumaat 9.30 pm)

Pasaran akan menumpukan kepada dua data penting minggu ini iaitu minit mesyuarat FOMC dan data NFP pada Jumaat. Minit mesyuarat FOMC akan menjadi tumpuan kerana akan memberikan pandangan yang lebih jelas tentang polisi monetari The Federal Reserve pada mesyuarat yang lalu. Pada mesyuarat itu yang berlangsung baru-baru ini, The Fed telah pun menaikkan kadar kepada 0.75% dan terdapat jangkaan tiga kali kenaikan pada 2017 dalam analisis ‘dot plot’.

Tidak lupa juga data NFP yang ditunggu-tunggu setiap bulan, akan dikeluarkan pada Jumaat. Data yang tidak menepati jangkaan mungkin kurang memberi impak kepada US dolar, kecuali perubahan data begitu tinggi berbanding jangkaan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat