Sentimen & News yang Bakal Menggerakkan Gbp/Usd Minggu Ini (9-13 Disember)

42

Satu lagi pasangan matawang yang bergerak dalam keadaan turun-naik (volatile) pada minggu lepas adalah Gbp/Usd, yang memulakan penurunan pada sesi dagangan Isnin dan Selasa sehingga mencapai paras terendah pada minggu sebelum itu di 1.2200.

Dalam sesi Rabu, sebaliknya pula berlaku dengan pasangan matawang ini melantun selepas mencapai paras 1.2200 berikutan aktiviti pengambilan untung (profit-taking) sebelum pengumuman minit mesyuarat FOMC yang menjadi perhatian pasaran pada minggu lalu.

Dalam sesi dagangan Rabu pada lewat sesi New York, Pound menguat berbanding US dolar berikutan laporan minit mesyuarat yang tidak meyakinkan kerana kebimbangan ahli FOMC tentang ketidaktentuan ekonomi yang berpunca dari polisi yang akan dibawa oleh Trump. Hal ini menyebabkan Gbp/Usd menguat dalam sesi dagangan Rabu dan Khamis sebelum melemah semula pada Jumaat disebabkan data positif NFP.

Di UK pula kebimbangan semakin memuncak, dengan komen terbaru Perdana Menteri UK Theresa Mei yang seakan-akan tidak mahu mengekalkan akses ke pasaran tunggal. Ini menyebabkan sentimen Brexit semakin buruk dengan risiko yang akan ditanggung oleh perniagaan di UK.

Selain itu, tempoh masa untuk Theresa memulakan proses formal meninggalkan pasaran tunggal juga menjadi tanda tanya kerana potensi penangguhan proses ini. Pihak kehakiman UK juga seakan-akan pasti dalam keputusan untuk mengarahkan pihak kerajaan mendapatkan persetujuan parlimen terlebih dahulu, sebelum memulakan proses formal Brexit. Semua ini meningkatkan lagi ketidaktentuan dalam ekonomi UK di masa hadapan.

Minggu ini Gbp/Usd dijangka masih akan digerakkan oleh sentimen Brexit dan laporan data dari US:

  1. Stok minyak EIA (Crude Oil Inventories) Rabu 11.30 malam
  2. Tuntutan insurans pengangguran (Unemployment Claims) Khamis 9.30 malam
  3. Ucapan Janet Yellan, Jumaat 8.30 pagi
  4. Data jualan runcit US, Jumaat 9.30 malam
  5. Indeks keyakinan pengguna US, Jumaat 11 malam

Dalam penutup pasaran minggu lalu, time- frame Daily telah membentuk ‘Bearish engulfing’ yang menunjukkan potensi penurunan Gbp/Usd pada minggu ini, dan ia diterjemahkan oleh kejatuhan Gbp/Usd sebanyak 130 pip petang tadi.

Walaubagaimanapun, ketika ini Gbp/Usd di time-frame empat jam telah membuat pullback selepas mencapai paras terendah setakat hari ini di 1.2125 dan hampir membentuk ‘pinbar’, iaitu salah satu dari kumpulan candlestick reversal signal (CRS).

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat