Sentimen & News yang Bakal Menggerakkan Usd/Jpy Minggu Ini (16-20 Januari)

37

Usd/Jpy meneruskan pembetulan harga (correction) ke bawah minggu lalu, dengan sidang media Trump sebagai faktor pendorong harga berjaya menembusi support terdekat di ‘Daily Chart‘.

Minggu lalu pasaran digerakkan oleh faktor politik dan minggu ini sekali lagi faktor politik akan menggerakkan Usd/Jpy pada Jumaat, semasa pelantikan rasmi Trump sebagai PEOTUS (Presiden of The United States).

Usd/Jpy mencatatkan penurunan empat minggu berturut-turut bermula pada dua minggu terakhir 2016 dimana US dolar kehilangan momentumnya yang disebabkan aktiviti pengambilan untung (take-profit) pemain-pemain pasaran global menjelang akhir tahun. Manakala dalam dua minggu pertama pula, Usd/Jpy banyak dipengaruhi oleh sentimen ketidaktentuan politik di US khususnya Trump.

Minggu ini, tiada kalendar ekonomi penting dari Jepun dan pasaran akan terus memberi perhatian kepada pengumuman data dari US seperti berikut:

  • Harga pengguna US (CPI) & Core CPI, Rabu 9.30 malam
  • Ucapan Pengerusi The Fed (US), Khamis 4 pagi
  • Data Permit bangunan, Indeks sektor pembuatan (US), Khamis 9.30 malam
  • Inventori minyak (US), Khamis 12 malam
  • Ucapan Pengerusi The Fed (US), Jumaat 9 pagi

Dalam kesemua petunjuk ekonomi di atas, data CPI akan menjadi faktor penggerak yang akan dikeluarkan pada Rabu 9.30 malam. Ini merupakan data terpenting dalam ekonomi sesebuah negara untuk mengukur tahap inflasi.

Kenaikan dalam harga pengguna (CPI) akan memberikan potensi reversal kepada Usd/Jpy. The Fed pula akan semakin tertekan untuk menaikkan kadar jika data ini meningkat begitu besar sekaligus mempercepatkan kenaikan kadar tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat