Sentimen Pasaran Bergelora, Isu Amerika Syarikat-China Terus Pengaruhi Pasaran!

591

Peningkatan dalam ketegangan antara Amerika Syarikat dan China telah menggusar pemain pasaran terutamanya. Pada hari Jumaat, matawang US dolar didagangkan susut dan harga minyak naik lebih tinggi. Penyusutan matawang US dolar adalah berikutan ketegangan AS dan China dan ketidaktentuan ekonomi yang membenani pertumbuhan ekonomi AS.

Pada hari Jumaat, kementerian luar China mengarahkan AS supaya menutup pejabat konsulatnya di Chengdu. Langkah ini diambil susulan bagi membalas tindakan AS yang mengeluarkan perintah supaya konsulat China di Houston ditutup.

Dolar greenback pula terus didagangkan rendah selepas jatuh ke paras terendah hampir 2 tahun berbanding sekumpulan matawang utama. Dolar yang lemah kebiasaanya akan mendorong pembelian komoditi seperti minyak.

Penganalisis ekonomi, Harry Tchilinguirian berpendapat bahawa jika tidak berlaku perubahan drastik seperti pembubaran perjanjian perdagangan tahap satu antara AS-China maka kita tidak akan melihat perubahan yang besar dalam ekonomi.

Prospek ekonomi A.S menjadi lebih suram pada bulan lalu dengan ditambah pengamalan langkah had pergerakan dan penutupan ekonomi separa di beberapa negeri. Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan pengangguran mencecah 1.416 juta pada minggu lalu dan angka tersebut meningkat buat pertama kalinya dalam hampir empat bulan. Hal ini menunjukkan pemulihan ekonomi A.S mula terbatas ditengah peningkatan kes Covid-19.

Di peringkat global, lebih daripada 15 juta orang telah dijangkiti pandemik tersebut dan lebih dari 620,000 telah meninggal dunia.

Matawang Euro mengukuh berbading US dolar sebanyak 0.34% kepada bacaan 1.1633 setakat jam 10.40 p.m. Dalam masa yang sama matawang GBP juga mengukuh berbanding US dolar dengan peningkatan sebanyak 0.38%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat