Sentimen Pasaran Bergelora, Isu Hong Kong Terus Remukkan Hubungan AS-China

482

Selepas isu dakwaan virus pandemik berasal dari makmal di Wuhan, kali ini dilaporkan Amerika Syarikat (AS) dan China bertempur kerana Hong Kong pula di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, selepas Beijing menolak permohonan Washington terhadap Majlis Keselamatan untuk bergabung dengan rancangan China dalam memperkenalkan undang-undang keselamatan negara baru ke atas wilayah tersebut.

Menerusi misi AS kepada PBB dalam sebuah kenyataan, isu tersebut merupakan penting yang membawa kebimbangan dunia memandangkan ia melibatkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Disebabkan itu perkara ini memerlukan perhatian segera daripada 15 ahli dewan tersebut.

China secara tidak langsung telah menolak permohonan tersebut kerana undang-undang keselamatan negara ke atas Hong Kong merupakan masalah dalaman negara. Duta besar China di PBB, Zhang Jun melalui kicauan Twitternya menyifatkan perkara ini tiada kaitan dengan kuasa daripada Majlis Keselamatan.

Permintaan AS diusulkan pada waktu yang sama ketika ketegangan berlaku antara Washington dan Beijing kerana wabak pandemik coronavirus. Washington mempersoalkan mengenai ketelusan China terhadap penyebaran wabak tersebut yang mana ditemui buat pertama kali di Wuhan, China pada akhir tahun lepas. China memberi respons mengenai perkara tersebut dengan mendakwa pihak mereka telah berlaku jujur.

AS berpendapat bahawa penolakan China terhadap pertemuan Majlis Keselamatan di Hong Kong saling berkait dengan kecuaian dalam menguruskan krisis Covid19, melanggar komitmen hak asasi manusia antarabangsa dan tindakan tidak beretika di Laut China Selatan sepatutnya menjadi perhatian bahawa Beijing tidak bertanggungjawab sebagai salah satu negara anggota PBB.

Zhang memberi respons dengan menyatakan AS berkali-kali membuktikan bahawa mereka merupakan punca kepada semua permasalahan dunia. AS sebenarnya yang melanggar komitmen yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa. China mendesak AS untuk segera menghentikan peperangan politik dan budaya membuli.

Setiausaha AS, Mike Pompeo menjelaskan kepada kongres pada Rabu lalu bahawa Hong Kong tidak lagi layak untuk menerima kedudukan istimewa di bawah undang-undang AS kerana China sudah merosakkan hak pemerintahan yang berpotensi akan memberikan pukulan besar terhadap kedudukan wilayah tersebut sebagai hab kewangan utama.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat