Sentimen Pasaran Berisiko, AUD/USD Menjunam Di Sesi Eropah

318

Kebimbangan terhadap isu kesan sampingan darah beku selepas suntikan vaksin AstraZeneca dan peningkatan kes jangkitan Coronavirus di Asia telah mendorong perubahan sentimen pasaran yang berisiko.

Situasi ini bakal memberi kesan buruk terhadap dagangan mata wang komoditi sebaliknya akan kembali menyokong pengukuhan semula US dolar dalam pasaran.

US dolar dilihat kembali mengukuh pada sesi Eropah selepas penyusutan semalam yang terkesan oleh penurunan hasil perbendaharaan AS.

Jika diperhatikan pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga yang bergerak perlahan pada sesi Asia di paras ketinggian 0.76600 telah menjunam 70 pips setakat sesi Eropah ke paras terendah minggu ini menuju ke paras 0.75700.

Penurunan semula harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut memberi isyarat untuk trend bearish.

Paras terendah sekitar 0.75300 menjadi paras support utama buat harga selepas harga mencecah ke paras tersebut pada awal April yang merupakan paras terendah bagi tempoh dagangan 4 bulan.

Sekiranya harga membuat kenaikan semula, zon rintangan di atas 0.76500 akan diuji selepas zon harga ini menjadi benteng bagi kenaikan harga sejak beberapa minggu ini.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan ke paras tumpuan pada 0.77000 dan zon rintangan pada 0.77500.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat