Sentimen Pasaran Forex: EUR/USD Perlu Pemangkin Untuk Menembusi 1.1880

101

Matawang euro membuat penurunan pada sesi dagangan Jumaat dan didagang di sekitar 1.1808 berbanding US dolar setakat pukul 6.06 petang. Antara data yang dikeluarkan hari ini adalah data PPI Jerman yang naik 0.3% melebihi jangkaan 0.1%, namun tidak banyak perubahan signifikan kepada matawang euro.

Matawang euro ketika ini lebih banyak terkesan oleh faktor politik di Eropah.

Krisis di Catalonia akan memasuki fasa baru pada Sabtu di mana kerajaan Sepanyol akan mencetuskan Artikel 155 perlembagaan yang akan menggantung autonomi Catalonia yang bermaksud Madrid akan mengambil alih pentadbiran serta-merta.

Tindakan pada Sabtu itu adalah berikutan keengganan kerajaan Catalan untuk bersumpah mengatakan tidak kepada pengisytiharan kemerdekaan oleh Puigdemont. Klausa perlembagaaan (Artikel 155) ini tidak pernah dicetuskan sebelum ini dan pemerhati politik juga tidak pasti apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Sepanyol.

Krisis ini sebenarnya telah banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi. Banyak syarikat yang telah memindahkan ibu pejabat mereka dari Barcelona ke Madrid, dengan sektor pelancongan Catalonia merosot 15% sejak krisis ini bermula dua minggu lalu.

Pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah ketika ini berada di Brussels untuk mesyuarat dua hari. Pada Khamis, Perdana Menteri Theresa May berucap dalam perhimpunan tersebut dan mahu kemajuan dalam rundingan Brexit.

Dari segi teknikal bagi pasangan EUR/USD, ia dilihat masih gagal menguji paras harga signifikan iaitu paras tertinggi minggu lalu di sekitar 1.1880. Matawang Euro memerlukan pemangkin baru (catalyst) untuk menolak ia lebih tinggi. Tumpuan minggu hadapan adalah kepada mesyuarat ECB.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat