Sentimen Pasaran Kekal Berwaspada- Ini Sentimen Terkini Matawang!

665

Matawang US dolar melonjak tinggi pada hari ini dalam keadaan pasaran yang tidak pasti. Pengukuhan matawang US dolar dan permintaan yang tinggi terhadap safe haven adalah kerana krisis Covid-19 semakin mendekati kemuncak dan kebimbangan para pelabur kesan Covid-19 ke atas ekonomi.

Saham Wall Street diniagakan lebih tinggi dalam dagangan pagi pada hari Rabu, tetapi tidak banyak penganalisis yang bertaruh bahawa pola ini akan berterusan sehingga penghujung hari.

Menurut penganalisis pasaran, Juan Perez, sikap optimis pasaran semakin merosot dan ketidakpastian terhadap pasaran akan kekal dalam tempoh 2 bulan akan datang. Matawang US dolar yang merupakan matawang rizab dunia merupakan matawang yang sering menjadi tumpuan para pedagang.

Matawang Euro pula didagangkan lebih rendah pada hari ini dengan penyusutan sebanyak 0.10% pada paras 1.0879 berbanding US dolar. Penyusutan ini berikutan kegagalan menteri kewangan Kesatuan Eropah untuk bersetuju dalam sokongan lanjutan dalam menghambat impak wabak Covid-19.

Matawang Sterling pula disisi lain mengukuh sebanyak 0.4% berbanding US dolar kepada $1.2395. Matawang AUD menyusut pada awal dagangan Eropah sebelum kembali mengukuh pada hari ini. Penyusutan matawang AUD adalah disebabkan agensi penarafan menukarkan penarafan daripada stabil keapda negatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat