Sentimen Pasaran Kembali Berisiko Bakal Tekan Semula GBP/USD

406

Sesi Eropah pada Rabu semalam memberi tumpuan terhadap terbitan data inflasi UK di mana bacaan tahunan untuk Januari sekali lagi merekodkan kadar tertinggi dalam tempoh 30 tahun mengatasi bacaan bulan sebelumnya.

Justeru, Pound telah berjaya meneruskan pengukuhan nilainya dan berjaya menyerap tekanan oleh pengukuhan US dolar sebelum ini.

Sementara US dolar pula gagal memberi reaksi positif untuk mengukuh pada sesi New York semalam walaupun beberapa faktor yang dilihat menyokong pengukuhan US dolar dalam pasaran.

Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) diterbitkan meningkat pada sesi New York dan minit mesyuarat FOMC juga menunjukkan penggubal polisi Federal Reserve (Fed) bersedia untuk meningkatkan kadar faedah.

Perkembangan Rusia-Ukraine yang dinilai akan kembali tegang apabila terdapat laporan bahawa Ukraine telah lancarkan serangan mortar dan bom di sempadan telah memberi sokongan terhadap US dolar pada sesi Asia pagi ini sebagai mata wang safe-haven.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah paparkan corak kenaikan semalam selepas menguji paras sokongan 1.35000 pada Selasa lalu.

Kenaikan harga telah melepasi rintangan pada 1.35700 dengan paras ketinggian tercapai pada penghujung sesi New York adalah sekitar 1.36000.

Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sejak semalam juga turut memberi isyarat untuk perubahan trend bullish semula.

Kenaikan lebih tinggi bakal dijangkakan untuk harga menuju ke zon rintangan pada 1.36500 yang masih lagi menjadi penghalang harga untuk dagangan beberapa minggu ini.

Namun, pelabur bakal menjangkakan pengukuhan semula US dolar dalam sentimen pasaran yang berisiko akan mendorong harga untuk susut semula.

Penurunan awal harga kembali menguji paras sokongan MA50 yang akan memberi isyarat untuk pergerakan selanjutnya harga.

Untuk penurunan yang diteruskan, paras sokongan 1.35000 yang berada pada zon RBS (resistance become support) sekali lagi akan diuji untuk memberi isyarat lebih jelas bagi perubahan trend bearish.

Penurunan selanjutnya harga dilihat akan menuju ke paras tumpuan pada 1.34000 dan juga zon support 1.33600.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat