Sentimen Pasaran: Matawang Pound Melonjak Ke Paras Tertinggi 6 Bulan!

413

Matawang pound melonjak ke paras tertinggi 2 tahun lalu pada hari Rabu berbanding Euro dolar berikutan peningkatan keyakinan bahawa Parti Konservatif akan kembali memegang tampuk pemerintahan pada pilihan raya umum Disember 12 dengan kemenangan majoriti. Dalam masa yang sama matawang pound turut mencatat pengukuhan ke paras tertinggi 6 bulan lalu berbanding US dolar.

Undian yang dijalankan menunjukkan Boris Johnson menggunguli Parti Buruh dengan perbezaan antara 9 dan 12 mata. Secara asasnya, ia akan menjamin majoriti kerusi di Dewan Rakyat.

Walaubagaimanapun, para pedagang tetap berwaspada sejak kebelakangan ini kerana terdapat kemungkinan bahawa lonjakan undian terhadap Parti Demokrat dan hal ini boleh membawa kepada kegagalan perancangan Johnson untuk menyelesaikan Brexit.

Disisi lain, matawang Euro mengukuh berbanding US dolar dengan mencatat pengukuhan sebanyak 0.11% kepada paras 1.1093 setakat jam 11.10 p.m.

Ketua Perdagangan, Kesatuan Eropah, Phil Hogan mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu Perancis bahawa Kesatuan Eropah akan menyokong Perancis sepenuhnya mengenai ancaman tarif yang ingin dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.03% pada paras 97.465 setakat jam 11.15 p.m.

Pertumbuhan pekerjaan sektor swasta bertumbuh perlahan pada kadar terlemah sepanjang 6 bulan pada bulan November dan firma-firma dan pengeluar pembinaan mengurangkan pekerjaan berdasarkan tinjaun laporan pekerjaan kebangsaan.

Pada hari ini, laporan melaporkan bahawa hubungan perdagangan Amerika Syarikat dan China semakin menghampiri kepada persetujuan mengenai jumlah tarif yang akan ditarik kembali dalam perjanjian fasa satu walaupun terdapat ketegangan dalam isu Hong Kong dan Xinjiang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat