Sentimen Pasaran : Matawang US Dolar Mula Mengukuh Susulan Komen Kementerian Perbendaharaan Amerika Syarikat!

336

Matawang US dolar mula mencatat pengukuhan dalam sesi dagangan New York berikutan kenyataan Kementerian Perbendaharaan bahawa mereka belum ada pelan untuk mengyekat China daripada disenaraikan di Bursa Amerika Syarikat. Disisi lain pula matawang sterling terus berada dalam tekanan berikutan isu politik UK.

Berdasarkan laporan Bloomberg, jurubicara Kementerian Perbendaharaan Monica Crowley melaporkan bahawa pentadbiran Trump belum mempunyai pelan untuk menghalang syarikat China daripada disenaraikan di Bursa Saham Amerika Syarikat buat masa ini.

Komentar pegawai Perbendaharaan dilaporkan susulan selepas laporan Bloomberg pada hari Jumaat bahawa Rumah Putih sedang membincangkan untuk mengekang aliran masuk portfolio A.S. ke China.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 98.947 setakat jam 10.30 p.m.

Disisi lain matawang Euro terus menyusut berbanding US dolar. EUR/USD didagangkan susut 0.27% kepada paras bacaan 1.0909.

Antara faktor yang mendorong penyusutan matawang euro ialah data ekonomi yang lemah dengan jualan runcit Jerman jatuh kepada 3.2% setahun pada bulan Ogos daripada 5.2% yang dikecapi pada bulan Julai.

Matawang pound masih berada pada paras tekanan berikutan ketidakpastian isu Brexit. Matawang GBP kini didagangkan pada paras 1.2317 pada jam 10.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat