Sentimen Pasaran Melembap Selepas API Melaporkan Peningkatan Pengeluaran Minyak Mentah Dari AS

39

Harga minyak mentah didagang melemah dalam sesi ini pada Rabu selepas peningkatan jumlah inventori yang tidak disangka-sangka telah melembapkan sentimen.

Niaga minyak mentah di NYMEX bagi penghantaran Jun menyusut sebanyak 0.10 peratus kepada $49.51 setong manakala Brent mentah menyusut sebanyak 0.08 peratus kepada $52.53 setong.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan bahawa inventori minyak mentah meningkat tanpa disangka-sangka sebanyak 900,000 tong pada akhir minggu lepas termasuk minyak petrol yang melambung tinggi sebanyak 4.4 juta tong.

Tinjauan pasaran sebelum ini menjangkakan penurunan minyak mentah sebanyak 1.661 juta tong serta 1.073 juta dan 1.020 juta masing-masing bagi produk sulingan dan petrol.

Sehingga kini, pasaran minyak mentah masih menyaksikan pengeluaran yang mengatasi permintaan. Jika disahkan dalam data rasmi, hal ini boleh menjejaskan sentimen pasaran.

Angka tersebut akan diikuti dengan data rasmi yang bakal dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang bakal dikeluarkan hari ini, yang kebiasaannya akan menyaksikan perbezaan yang ketara bagi kedua-dua data.

Semalam, minyak mentah mencecah harga yang lebih tinggi apabila pasaran menjangkakan penurunan pengeluaran minyak mentah di AS ditengah-tengah kebimbangan mengenai perjanjian OPEC yang mungkin tidak akan disambung melebihi bulan Jun.

Isu Tarif Terhadap Industri Kayu Kanada Oleh AS : Kanada Tampil Memberi Penjelasan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat