Sentimen Pasaran Positif, Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

152

Penanda aras utama FBM KLCI meningkat untuk dibuka tinggi pada sesi awal dagangan pagi ini didorong peningkatan dalam keuntungan semalaman di Wall Street serta perkembangan positif dalam perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 9.30 pagi, indeks dibuka pada 1,605.23 meningkat 10.05 mata daripada 1,595.18 ketika ditutup rendah semalam dengan jumlah dagangan 360.097 juta unit yang bernilai RM172.459 juta.

Secara keseluruhan, lingkungan pasaran positif dengan 274 kaunter untung mengatasi 115 kaunter rugi sementara 1,603 kaunter tidak berubah.

Pasaran serantau pulih daripada kejatuhan semalam susulan China mengumumkan mahu melakukan rundingan dengan harapan AS akan membatalkan hasrat penambahan tarif terhadap barangan import China supaya kesan daripada ketegangan perdagangan dapat dikurangkan.

Berikutan keadaan tersebut, Nikkei Jepun menokok 1.05%, Hang Seng Hong Kong naik 1.02% manakala Indeks Komposit Shanghai meningkat 0.66% dan Kospi Korea Selatan raih 1.38%.

Di pasaran tempatan, antara saham yang meraih keuntungan adalah F&N mendahului dengan peningkatan 80 sen kepada RM35.42 dan diikuti oleh Nestle naik 70 sen kepada RM147.70 serta Ajinamoto menambah 28 sen kepada RM17.50.

Maybank dan CIMB masing-masing menambah 12 sen dan 11 sen kepada RM8.69 dan RM5.05 susulan pengumuman terhadap unjuran penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas oleh Maybank dan disusuli oleh CIMB.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat