Sentimen Positif Apa Pacu Bursa Di Sebalik Penggantungan Kerajaan Ini?

235

Pasaran tempatan dilihat terkena tempias berita positif dari minit mesyuarat FOMC Amerika Syarikat (AS) sungguhpun pelabur menanti keputusan Istana Negara.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 7.18 mata pada 1,450.68 sebelum naik 13.55 mata pada 1,457.05 berbanding penutupan Rabu pada 1,443.50.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 261 atasi kerugian pada 92, manakala 190 kaunter pula tidak berubah, 1,790 tidak didagangkan dan 84 digantung.

Jumlah perolehan pada 464.42 juta unit bernilai RM186.57 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, institusi tempatan dijangka mengalami pembelian yang diterajui berita baik dari AS dan indeks diramal ditutup pada paras 1,440.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Petronas Chemicals Group Bhd naik 6 sen pada RM8.84, Tenaga Nasional Bhd (TNB) canak 2 sen pada RM8.44 dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd tambah 1 sen pada RM4.84.

Sementara itu, IHH Healthcare Bhd turun 1 sen pada RM5.98, Hong Leong Bank Bhd hilang 2 sen pada RM20.46 dan Petronas Gas Bhd susut 2 sen pada RM16.88.

Saham perbankan pula tampak Maybank naik 15 sen pada RM8.70, Public Bank Bhd kumpul 9 sen pada RM4.37 dan CIMB Group Holdings Bhd raih 10 sen pada RM5.61.

Saham aktif memperlihatkan Advance Synergy Bhd tambah 5 sen pada 22.5 sen, Malayan United Industries Bhd lonjak 1 sen pada 11 sen dan MyEG Services Bhd kumpul 1.5 sen pada 81 sen sementara Eden Inc Bhd susut 3.5 sen pada 15.5 sen dan Thriven Global Bhd jatuh 2.5 sen pada 13 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas tambah 83.09 mata pada 10,349.31, indeks FBM Emas Shariah canak 38.55 mata pada 10,455.28, indeks FBMT 100 naik 85.02 mata pada 10,082.45, FBM ACE kumpul 27.06 mata pada 5,000.79 dan FBM 70 maju 68.64 mata pada 12,319.89.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan lonjak 198.67 mata pada 16,366.88, indeks Produk serta Perkhidmatan tambah 0.82 mata pada 180.68 sementara indeks Perladangan junam 35.96 mata pada 6,831.73 dan indeks Tenaga turun 3.34 mata pada 740.52.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat