Sentimen Semasa Matawang Euro Selepas Pergerakan Volatile Minggu Lalu

590

Pair matawang Euro dilihat bergerak bercampur-campur pada minggu lalu. Pergerakan pair Euro tidak seiringan jika melihat pattern yang termasuk EUR/JPY dan EUR/CHF.

Hanya sekali pair-pair Euro ini dilihat bergerak seiringan khususnya selepas ucapan ahli ECB Ewald Nowotny.

Nowotny menyatakan pada Selasa lepas kemungkinan untuk ECB menghentikan program pembelian bon pada hujung tahun ini, sekaligus membuka jalan untuk bank pusat menaikkan kadar faedahnya.

Namun, jurucakap ECB pada lewat dagangan Selasa menyatakan komen Nowotny tidak mewakili keseluruhan pendirian Governing Council iaitu majlis yang menentukan polisi monetari ECB. Oleh sebab ini, terdapat sedikit penurunan kepada Euro pada Selasa.

Euro bergerak stabil pada Rabu dan kemudian tertekan semula sebelum laporan Minit Mesyuarat ECB pada Khamis.

Bank pusat Eropah (ECB) menunjukkan bahawa kenyataan mereka dalam polisi monetari sebelum ini tidak patut disalah anggap. “Perubahan kepada perkataan itu tidak patut disalah anggap sebagai satu perubahan arah polisi monetari.

Presiden ECB, Mario Draghi juga telah menjelaskan perkara ini dalam sidang media bulan lalu. Kini, penegasan yang diberikan oleh ECB dalam minit mesyuarat telah menyebabkan matawang Euro jatuh pada awal sesi New York Khamis lalu.

Bukan itu sahaja, ECB juga mengutarakan kebimbangan mereka terhadap perang perdagangan dengan Amerika Syarikat dan juga menunjukkan potensi kesan negatif kepada kekuatan matawang Euro. Pergerakan matawang Euro kembali bercampur-campur pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat