Sentimen Semasa Pasaran Ekuiti Global Setakat Petang Ini

62

Pasaran saham Asia ditutup rendah pada Selasa selepas ketegangan dicetuskan oleh Korea Utara yang mensasarkan ujian peluru berpandu ke dalam kawasan perairan Jepun.

Pasaran saham Eropah juga dibuka lebih rendah pada Selasa dengan FTSE250 dan FTSE100 masing-masing susut 0.20% dan 0.16% setakat pukul 4.37 petang waktu Malaysia.

Indeks Nikkei juga susut 0.1%, manakala KOSPI meneruskan kemerosotan 0.6%.

Ujian peluru berpandu oleh Korea Utara ini dibuat beberapa hari sebelum perhimpunan ketua-ketua negara G-20 yang dijangka membincangkan program senjata Pyongyang.

Tokyo membantah sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang mencemarkan resolusi PBB, dan Perdana Menteri Shinzo Abe mengatakan dia akan meminta Presiden China dan Rusia untuk memainkan lebih banyak peranan dalam usaha menghalang program senjata Pyongyang.

Sentimen negatif ini telah menolak matawang safe-haven Usd/Jpy naik 0.4% setakat pukul 2 petang tadi.

Pasaran saham Australia pula melawan trend sebelum ini dan melonjak 1.6% dari kejatuhan 2.3% yang disokong oleh pendirian neutral bank pusat Australia tengah hari tadi.

Di Wallstreet pada Isnin, S&P 500 dan Dow Jones Industrial Average (DJIA) merekod keuntungan 0.2% dan 0.6% yang dipandu oleh kaunter-kaunter kewangan dan tenaga. Nasdaq pula susut 0.5%.

Pasaran saham Amerika Syarikat ditutup pada Selasa sempena hari kemerdekaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat