Sentimen Semasa Pasaran Minyak Mentah Global

54

Sentimen yang mempengaruhi harga minyak masih tidak menentu dengan kecenderungan penjualan masih berpotensi berlaku berikutan kebimbangan terhadap inventori bekalan minyak mentah global.

Harga minyak masih gagal meneruskan kenaikan dalam permulaan sesi New York pada Isnin sehinggalah sesi hari ini di mana harga WTI $46.75 adalah paras harga yang signifikan untuk dilihat oleh pasaran.

Walaupun terdapat sokongan oleh komen OPEC yang mengatakan pemotongan bekalan berpotensi dilanjutkan sehingga sembilan bulan atau lebih, tetapi keyakinan terhadap kemampuan OPEC menyerap lebihan bekalan masih rendah.

Kebimbangan terhadap peningkatan bekalan oleh US terus memberi kesan negatif kepada sentimen pasaran ini.

Pegawai dari Libya juga menyatakan pengeluaran harian mereka kini mencapai 780,000 tong sehari berikutan pemulihan pengeluaran di Sharara.

Dari segi permintaan, terdapat juga kebimbangan terhadap permintaan di US dan China yang akan memberi kesan kepada pasaran ini, kerana dua negara ini adalah pengguna terbesar minyak dunia.

Harga minyak menguat sedikit dalam sesi Asia hari ini sehingga didagang di atas $46.50 tetapi malangnya gagal mengekalkan kenaikan menjelang pembukaan pasaran New York.

Data inventori US akan dikeluarkan pada lewat sesi hari ini oleh Institut Petroleum Amerika (API) dan seterusnya data EIA pada Rabu. Kedua-dua data ini penting bagi mencorak pergerakan komoditi hitam minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat