Sentimen Semasa Pasaran Setakat Malam Ini, US Dolar Terus Lemah

78

Kelemahan US dolar telah memberi tekanan ke atas untuk emas walaupun kenaikan harganya sedikit terhalang oleh keyakinan yang semakin memuncak di Zon Eropah yang melonjakkan citarasa kepada risiko (risk appetite) di blok berkenaan.

Emas jatuh sehingga di bawah $1,230 pada sesi New York pada Isnin dengan US dolar ketika itu lebih stabil.

Faktor politik menjadi fokus yang signifikan dalam sesi Asia pada Selasa berikutan laporan media yang mengatakan Presiden Trump telah berkongsi maklumat rahsia dengan Menteri Luar Rusia Lavrov tanpa kebenaran.

Walaupun impaknya masih kurang, terdapat kehilangan keyakinan terhadap pentadbiran US dan juga kebimbangan perubahan ekonomi akan terbantut kerana kritikan yang semakin memuncak oleh ahli Kongres terhadap Trump.

US dolar sekali lagi berhadapan dengan tekanan penjualan pada sesi Eropah hari ini dengan Eur/Usd menembusi 1.1000 dan kini pasangan matawang ini didagang di sekitar 1.1082.

Indeks US dolar juga berada dalam tekanan dan kini menuju ke paras terendah enam bulan lalu di mana kelemahan US dolar terus menyokong harga emas.

Keyakinan di Zon Eropah ketika ini begitu kukuh dengan kenaikan hasil bon Jerman di mana permintaan bagi aset yang lebih selamat semakin berkurangan.

Walaupun keyakinan di Eropah membenam US dolar namun sentimen positif ini turut menyerap permintaan terhadap emas dan menjadikan pergerakan loigam berharga ini bercampur-campur.

Sebentar tadi, data permit bangunan US yang dikeluarkan lemah dari jangkaan yang merosot 2.6%, sebaliknya pula dengan data pengeluaran industri yang lebih tinggi dari jangkaan dengan kenaikan 1.4% pada April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat