Sentimen Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini

81

US dolar bergerak lebih tinggi berbanding enam matawang utama yang lain pada Isnin, tetapi pengukuhan masih terhad dengan perkembangan politik dan keraguan terhadap kadar faedah yang lebih tinggi di masa hadapan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama dunia yang lain naik 0.07% setakat pukul 5.23 petang kepada 93.43 tidak jauh daripada paras terendah Jumaat 93.25.

US Dolar meleset sedikit pada Jumaat berikutan kebimbangan terhadap ketidaktentuan agenda ekonomi Presiden Trump dan keraguan terhadap kenaikan kadar faedah The Fed untuk kali ketiga tahun ini.

US dolar melonjak ke paras tertinggi 14-tahun lalu selepas kemenangan Trump dalam pilihanraya US pada November. Lonjakan tersebut disebabkan oleh jangkaan dan harapan terhadap perancangan fiskal Trump khususnya dalam pengurangan cukai dan perbelanjaan infrastruktur. Sejak selepas beliau ditabal secara rasmi sebagai presiden pada awal tahun ini, US Dolar mula jatuh dan berlarutan sehingga hari ini.

Kadar faedah yang lebih rendah biasanya akan memberi tekanan kepada US dolar yang menyebabkan aset-aset pelaburan di US menjadi kurang menarik kepada pelabur global.

US dolar bergerak lebih rendah berbanding Yen dengan USD/JPY setakat ini telah jatuh 0.13% kepada 109.05 selepas mencapai paras terendah empat bulan lalu minggu lalu.

EUR/USD pula susut 0.16% kepada 1.1742 setakat pukul 5.33 petang, dengan pasaran ketika ini memberi perhatian kepada simposium Jackson Hole yang akan dihadiri oleh Gabenor-gabenor bank pusat dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat