Sentimen Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

52

US dolar mengukuh setakat ini dalam sesi dagangan Rabu dengan Usd/Jpy ketika ini telah merekod kenaikan 80 pip selepas mencapai paras terendah hari ini di 112.81.

Setakat pukul 5.53 pm Usd/Jpy berada di sekitar 113.62 naik 0.31%.

Yen memadam keuntungan yang direkod dalam sesi awal pasaran selepas perkembangan yang semakin tegang di semenanjung Korea, ditambah lagi dengan prestasi negatif parti Shinzo Abe dalam pilihanraya minggu lalu.

Eur/Usd ketika ini pula susut 0.22% dan ketika ini berada di sekitar 1.1325.

Komen oleh ECB Coure menjadi faktor yang menekan Eur/Usd apabila beliau berkata volatility (turun-naik) sepanjang minggu lalu adalah tidak signifikan kerana ECB belum membincangkan perubahan polisi.

Matawang US dolar mendapat sokongan selepas prestasi sektor pembuatan yang memberangsangkan pada Isnin. Data positif itu meningkatkan potensi satu lagi kenaikan kadar The Fed tahun ini.

Gbp/Usd ketika ini masih sukar meneruskan penurunan dan masih didagang di sekitar 1.2919. Pasangan matawang ini didagang mendatar sejak sesi Selasa.

Data PMI indeks sektor perkhidmatan UK yang dikeluarkan sebentar tadi menunjukkan pengukuhan dalam komponen pekerjaan, namun keseluruhan adalah perlahan dalam sektor ini.

Pemain-pemain pasaran akan memberi tumpuan kepada laporan minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan pada Khamis 2 am.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat