Sentimen Terkini Matawang NZD Selepas Sesi Dagangan Minggu Lalu

306

Sama seperti AUD, matawang NZD (Kiwi) juga dipandu oleh sentimen berisiko pasaran pada minggu lalu. Matawang Kiwi berhadapan dengan situasi sukar pada Isnin disebabkan sentimen perang perdagangan.

Matawang Kiwi banyak terkesan pada Selasa walaupun dengan data indeks GDT yang memberangsangkan. Hal ini adalah disebabkan oleh pengumuman Trump yang mahu mengenakan tariff terhadap 1,300 produk China.

Isu perdagangan semakin tegang apabila, China membalas dengan mengenakan Amerika tariff sehingga $50 billion. Namun, ia tidak menyebabkan kejatuhan NZD dan ia dipercayai disebabkan data indeks harga GDT yang semakin baik berbanding data sebelum itu.

Indeks harga GDT yang dikeluarkan pada Selasa lalu merekodkan data yang merosot, namun lebih baik daripada sebelum ini. Indeks harga GDT iaitu data yang mengira perubahan harga produk tenusu di New Zealand merosot lebih rendah berbanding sebelum itu. Indeks ini jatuh 0.6% berbanding 1.2% sebelum ini.

Pada Khamis, US dollar mengukuh secara keseluruhan dan ini dilihat sebagai sebab kenapa Kiwi melemah pada Khamis.

Kita dapat lihat NZD lebih kuat berbanding AUD yang mana ada penganalisis berpendapat kesan perang dagang AS-CHINA adalah lebih rendah terhadap New Zealand berbanding kesannya kepada Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat