Sentimen Terkini Pasaran Forex Menjelang Penutupan Sesi Asia

313

Majoriti pasangan matawang yang melibatkan matawang utama bergerak mendatar (sideways) dalam sesi Asia sehingga menjelang pembukaan sesi Eropah pada Jumaat. Tiada berita atau data ekonomi penting yang dikeluarkan dalam sesi Asia yang menjadi faktor pergerakan perlahan pasaran matawang.

Selepas daripada penutupan Wallstreet yang kurang memberangsangkan pada Khamis, pasaran saham Asia mendapat sedikit kesan dengan prestasi negatif di China dan Asia Tenggara.

Matawang Yuan pula meneruskan kelemahan pada Jumaat dan hampir mencapai paras terendah tujuh minggu yang lalu. Dalam masa yang sama US dollar juga sedikit tertekan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.01% setakat pada pukul 2.19 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.03% di mana GBP/USD susut sebanyak 0.04%. USD/JPY setakat ini pula jatuh sebanyak 0.13%, USD/CAD susut 0.06% dengan USD/CHF didagangkan hampir tidak berubah, naik 0.01%. Pair AUD/USD membuat kenaikan 0.09%, manakala NZD/USD susut sebanyak 0.21%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen dan matawang paling lemah adalah NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang NZD/JPY membuat kejatuhan sehingga 0.23% setakat ini.

Matawang Yen masih lagi mendahului sebagai matawang terkuat ketika ini dengan NZD jadi matawang paling lemah. Yen didagang positif pada sesi Asia dengan bacaan inflasi (CPI) di Tokyo merekodkan bacaan 0.8% lebih daripada jangkaan 0.7%.

Harga minyak mentah dalam pasaran komoditi pada Jumaat membuat penurunan selepas naik tiga hari berturut-turut. Apa yang menyokong kenaikan komoditi hitam sejak 3 hari lepas adalah pengurangan inventori di Amerika Syarikat dan potensi gangguan bekalan dari Arab Saudi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat