Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal London Open

358

Momentum kenaikan US dollar sedikit terhalang sejak daripada hari Selasa tetapi masih hampir dengan paras tertinggi lima bulan yang lalu berbanding beberapa matawang utama yang lain. Lonjakan US dollar pada Selasa banyak dibantu oleh peningkatan hasil-bon Amerika Syarikat (US10-year treasury yields).

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.06% setakat pada pukul 4.02 petang.

Major pair EUR/USD membuat kenaikan 0.07% dengan GBP/USD susut 0.02%. USD/JPY pula jatuh 0.13%, USD/CAD jatuh 0.22% dan USD/CHF jatuh 0.19%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.23% dan 0.38% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD, manakala matawang paling lemah adalah GBP. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair GBP/NZD jatuh sehingga 0.40%.

Hasil-bon 10 tahun Amerika Syarikat mencapai paras tertinggi 3.095% iaitu paras yang hanya pernah dicapai pada Ogos 2011. Hasil-bon membuat kenaikan sejak daripada komen The Fed tentang inflasi yang bergerak hampir ke sasaran 2%. The Fed menaikkan kadar faedah pada Mac lalu dan menjangkakan dua lagi kenaikan selepas ini.

Walaupun data jualan runcit merekodkan penurunan pada Selasa, tetapi US dollar masih meneruskan kenaikannya disebabkan oleh peningkatan hasil-bon. Kini momentum kenaikan hasil-bon telah berkurangan, dan pasaran dilihat mengambil kira data jualan runcit AS yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam pada Selasa.

Data jualan runcit (retail-sales) menunjukkan bacaan yang meleset daripada jangkaan dengan hanya merekodkan kenaikan 0.3% berbanding jangkaan pasaran 0.4%. Jualan-runcit teras (Core retail-sales) yang tidak mengira jualan automobil juga merekodkan kenaikan 0.3%, kurang daripada jangkaan kenaikan 0.5%.

Kekuatan matawang NZD pula sedikit sebanyak dibantu oleh pengukuhan indeks GDT yang dikeluarkan pada Selasa. Indeks yang mengukur perubahan harga produk tenusu di New Zealand ini adalah data tumpuan bagi melihat tekanan inflasi di negara itu, kerana pergantungan yang tinggi terhadap eksport tenusu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat